Siti khadijah- in team

Susu Ibu

*Susu ibu menyediakan pemakanan terbaik untuk bayi. Ia mengandungi semua nutrient pada kadar yang betuldan komposisi yang tepat dengan keperluan bayi.

*Susu awal ibu meningkatkan imusisasi bayi. Susu ibu melindungi bayi daripada jangkitan penyakit seperti cirit-birit, selsema, bronchitis dan radang paru-paru.

*mencegah pelbagai alahan seperti asma atau alahan, eczema dan kolik (kembung_ bayi.

*mengandungi nutrient untuk perkembangan otak bayi.

Perhiasan Dunia VS Penyemak Dunia

Bismillahirrahmanirrahim…

Segala puji bagi Sang Pencipta, Tuhan tempat memuji, dan tempat pergantungan semua makhluk di bumi, Tuhan yang memberi hidayah kepada insan-insan yang dikehendaki. Tidak lupa selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W, juga para pewaris perjuangan menegakkan Islam, ulamak-ulamak yang haq.

Sesungguhnya seisi dunia ini, sebahagian besarnya adalah wanita, yang mana wanita ini asalnya dijadikan Allah teman pelengkap iman kepada Nabi Adam. Lebih dari itu sebagai medium pembiakan manusia dari generasi ke generasi yang lain. Sehinggalah saat ini tanggungjawab besar ini sama sekali tidak akan dipikul oleh lelaki.

Namun, saya sedih melihat kelompok wanita kini. Mereka tidak mengikut tabiat asal kejadian mereka. Ramai yang terpesong dari landasan, hilang pedoman, tersasar tujuan, paling menyedihkan mereka sewenang-wenangnya mengingkari arahan Tuhan.

Siti Hajar Inspirasiku

GEMALAI SEORANG HAJAR


kuingin sepertimu Siti Hajar
kerana suria sudah menangis
kerana batuan hampir pecah
kerana bayu terus teresak
karana zam-zam terpegun
bertahun-tahun!

Semoga PERMATA INSAN mencapai VISI dan MISI

12 mac 2010 adalah merupakan majlis pelancaran Permata Insan. Iannya dilancarkan di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) oleh Datin Paduka Seri Rosmah Mansor, Penaung Program PERMATA Negara. Alangkah bertuahnya adik-adik yang terpilih untuk program ini. Setelah mengetahui serba sedikit tentang Permata Insan, penulis berdoa semoga Permata Insan ini akan mencapai VISI & MISI.

Program ini sangat istimewa kerana menyediakan persekitaran pembelajaran yang kondusif, menyediakan tutor peribadi dan didedahkan dengan lawatan akademik, selain itu pelajar juga akan dilengkapkan dengan kemahiran belajar dan pembangunan insan, latihan penguasaan Mnemonics, Speed reading, Mental Arithmetic, ICT, critical thinking, public speaking dan melukis.

Definisi Permata Insan
Individu yang berkebolehan tinggi memahami, mentafsir, menghafaz dan mengaplikasikan al-Quran dan al-Sunnah dalam kehidupan serta mampu membangubkan tradisi keilmuan Islam dan mencetuskan kemajuan ilmu pengetahuan dan teknologi.

Women and Osteoporosis

For your information, the result found that Asian’s women are easy to get Osteoporosis.
In fact, after the age of 50, about half of women will have a fracture which is related to Osteoporosis in their life.
Now, let’s tell your wife, mother, sisters, friends, lecturers, teachers and all women to take care of their body. Buy Anlene for them hehe.
Try to get information and alternative that can help you strengthen your bone.
You can get free guide from the National Osteoporosis Foundation and Health Monitor, visit knowmybones.com.

Anda tak cinta Rasulullah


Anda yakin anda cinta Rasulullah?


Mana buktinya? Jikalau dalam sehari anda tak berselawat ke atas Nabi means anda x cinta Nabi..

Salah satu bukti cinta pada Nabi Muhammad S.A.W adalah dengan berterusan (setiap hari) berselawat kepadanya. Jadikan selawat sebagai satu modul yang wajib untuk hati.

Kalau orang becinta selalu ingat kekasih, adakah anda sentiasa ingat Rasulullah? Sedangkan Rasulullah ingat anda saat ajalnya dicabut Izrail. Subhanallah, cintamu terlalu agung.

Sahabat, apa yang perlu kita menanngis hari ini adalah kerana kita tak benar-benar cinta Rasulullah.

Ayuh…..berselawat

Amalan pagar diri untuk wanita

Assalamualaikun..penghubung ukhwah penjalin mahabbah
Ayat kursi yang terkandung dalam surah al-Baqarah, ayat 255, merupakan ayat yang paling agung dalam al-Quran. Malah dikatakan juga sebagai penghulu bagi seluruh al-Quran.

Pembaca yang dihormati,
Disini ingin saya berkongsi sesuatu yang mana saya kira sangat bermanfaat buat kita. Khususnya untuk yang bergelar WANITA. Di bawah ini adalah "doa amalan pagar diri"  yang dikirim oleh sahabat saya melalui email. Difahamkan doa ini diperturunkan oleh seorang alim ulamak kepada anak-anak muridnya dan diminta untuk disebarkan.

Doa amalan pagar diri ini boleh diamalkan oleh sesiapa sahaja, lelaki dan perempuan. Namun, saya lebih menyeru kepada semua wanita-wanita mengamalkan doa ini memandangkan kaum wanita di zaman era globalisasi ini lebih banyak dianiaya oleh lelaki. Mudah-mudahan kita terhindar dari sebarang bahaya & fitnah dunia.Tq sahabat atas perkongsian ini. Ku doakan agar Allah memberi balasan sebaiknya kepadamu.