Alkisah...

Ada seekor monyet yang berpeluk pada dahan pokok. Tiba-tiba angin halilintar dan puting beliung melanda kawasan itu. Makin kuat sang monyet mendakap pokok itu. Dan monyet itu berjaya mengelakkan dirinya dari malapetaka itu.
Sedang sang monyet berehat, datang pula angin sepoi-sepoi bahasa, meniup kawasan pokok tersebut. Monyet itu semakin selesa dengan angin yang lemah gemalai itu, dakapannya semakin longlai dan akhirnya sang monyet ini tumpas.

Pengajaran: Jangan jadi monyet. Bukan!
Jangan kita lupa bila diuji dengan kesenangan . Ramai yang berjaya bila diuji dengan kepayahan dan kesusahan. Namun tak ramai yang berjaya bila diuji dengan kesenangan.=)

Kak, boleh tak berkawan dengan lelaki??

Bismillahirahmanirrahimm,,


Tanggal 1-3 Julai 2010 yang lepas, saya dipertanggungjawabkan untuk menjadi salah seorang fasilitator bagi Kem Kesedaran dan Pemantapan Akademik di salah sebuah sekolah yang terletak di daerah Baling, Kedah. Kem yang dianjurkan sangat bermanfaat dan respon daripada peserta sangat memuaskan.


Pada hari terakhir, ketika sedang berkumpul di dalam dewan, seorang peserta perempuan menoleh kebelakang dan bertanyakan soalan kepada saya:

“kak, boleh tak berkawan dengan lelaki?”

Saya terdiam seketika sambil tersenyum memandang wajahnya, sementara otak ligat memikirkan jawapan yang sesuai dan ringkas untuk adik yang berumur 16tahun itu supaya dia dapat memahami apa yang ingin saya sampaikan. Istilah ‘berkawan’ yang dimaksudkan oleh adik tersebut ialah ‘bercouple’.

Saya menyuruh adik itu duduk disebelah saya. Saya mengerling jam ditangan, acara “cabaran minda” akan bermula beberapa saat sahaja lagi..sempatkah?? (soal saya didalam hati)

Lalu saya berkata:

Adik, Allah pernah berpesan kepada Nabi Adam, ‘Wahai Adam jangan kamu hampiri pokok khuldi’. Tetapi disebabkan bisikan syaitan dan ditambah pula pujuk rayu Hawa, akhirnya Nabi Adam tewas. Lalu Nabi Adam dan Hawa menghampiri pokok khuldi. Tidak cukup dengan itu, syaitan laknatullah memujuk Nabi Adam dan Hawa agar makan buah khuldi tersebut, lalu makanlah meraka berdua. Maka Allah teramatlah marah kepada Nabi Adam dan Hawa.

Adik, Allah juga berpesan kepada kita,

ولا تقربوا الزنى إنه كان فحشة وساء سبيلا

Dan jangnlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan adalah jalan yang buruk. Al-Israa’: 32

Berapa ramai yang mengingkari arahan Allah, berkawan dengan lelaki atau bercouple adalah jalan menghampiri zina. Perempuan adalah punca fitnah dunia, kita bukan malaikat yang tidak bernafsu, kita punya nafsu.

Namun belum sempat saya membuat kesimpulan, kem komander pun memberi salam dan acara ‘cabaran minda’ pun dimulakan.. Apa yang ingin saya kongsikan ialah,


Sebab apa Allah berpesan kepada Nabi Adam jangan hampiri pokok khuldi? Sebabnya Allah tahu bahawa Nabi Adam akan memghampiri pohon itu dan memakan buah tersebut.

Begitu juga kita. Sebab apa Allah berpesan kepada kita jangan hampiri zina? Sebabnya Allah tahu bahawa kita akan kecundang dengan bisikan dan hasutan syaitan, akan berlakulah berpegangan tangan, berpeluk pelukan, bercumbu cumbuan dan sebagainya.

Betapa bodohya manusia kerana mengingkari arahan Allah, sedangkan Dia amat Maha Mengetahui sesuatu yang akan berlaku,,

Betapa bodohya manusia kerana tidak mengambil iktibar dari kisah Nabi Adam, Nabi Adam yang begitu mulia disisi Allah pun pernah tewas dengan pujukan syaitan, apatah lagi kita insan biasa tetapi masih berlagak sombong dan angkuh dengan mengatakan saya masih mampu mengawal perasaan, masih mampu mengawal iman, saya tahan diuji..

Kita ada hati, kita ada otak, kita ada akal,,fikirlah…………

Tepuk dada tanyalah iman!!

Pergaulan lelaki dan perempuan ada batasnya..


*sebarang perkongsian maklumat boleh email ke ctnajah_88@yahoo.com