ADAMku....

ADAMku…


ADAM, HAWA coretkan ini khas untuk ADAM, HAWA tahu ADAM lebih mengetahui tentang hal ini dari HAWA..

ADAM, cinta yang kekal, agung, suci nan abadi, hanya cinta pada Allah Rabbul’izzati..bukan cinta pada manusia yang akan membuatkan seseorang lupa diri, lupa tanggungjawab pada Ilahi..ADAM, tolong jangan cintakan HAWA lebih dari PENCIPTA HAWA, tolong jangan rindukan HAWA lebih dari ALLAH yang layak dirindu, tolong jangan teringat-ingatkan HAWA lebih dari yang MAHA MENGETAHUI..

ADAM, berdoalah kepada Allah agar ditenangkan hati, berzikirlah agar ditenteramkan jiwa, sibukkan diri ADAM dengan belajar dan berpesatuan..supaya HAWA tidak hadir dalam ingatan..ADAM, ibu bapamu inginkan kejayaan, bukan kegagalan..berbaktilah pada ibu bapamu selagi mereka hidup bersamamu, ADAM punya tanggungjawab yang besar pada mereka..ingatlah ADAM, syurga untumu adalah tatkala redha orang tuamu, bukan redha HAWA.

ADAM, ketahuilah bahawa HAWA terpikat kerana iman yang terpasak kejap dan teguh dalam hatimu, sifat tawadduk dan zuhud dalam dirimu, kesantunannu, pertuturanmu yang senantiasa mgeluarkan kata-kata yang baik, berserta akhlakmu yang terpuji…. bukan kerana rupa parasmu, bukan kerana hartamu, dan bukan kerana kata-kata manismu..

ADAM, HAWA ingin cita-citamu terlaksana, bukan kata-kata cinta yang berbunga..HAWA ingin ADAM berjaya di medan dakwah mengagungkan TUHAN dan menyebarkan ISLAM, bukan tersungkur di perjalanan..ADAM, HAWA tidak mahu dirapati demi menjaga batasan cinta, HAWA tidak mahu menjadi fitnah dunia pada ADAM, HAWA tidak mahu menjadi penyebab alpa dan leka ADAM..

ADAM, HAWA coretkan ini kerana tidak mampu untuk memberitahu semua ini sendiri..harap ADAM memahami..

ADAM, HAWA serahkan kepada Sang Pencipta untuk menjaga ADAM, maka serahkanlah juga HAWA pada Yang Esa.

Semoga peringatan ini sampai pada ADAM..tak kira di mana ADAM berada…Ya ALLAH lindungilah ADAMku….

HAWA teramat sedih andai ADAM tidak mempedulikan sedikitpun pesanan HAWA…:<

HAWA ingin benar kita seiring sejalan menuju Tuhan..

1 comments:

Aine said...

salam,Najah. best la kata2 dlm entry ni,, really like it,,

Post a Comment