Ahli Ibadah yang Jahil- Travelog Hidayah

Bismillahirrahmanirrahim..
“ Ya Allah kurniakan aku ilmu pengetahuan” amin..

saya terasa sedih sendiri apabila membaca “Ahli Ibadah yang Jahil” dalam buku Travelog Hidayah karya Muhammad Rashidi Abdullah.. sedih kerana mengenangkan diri yang kurang ilmu dan kurang ibadah..

petikan dari Travelog Hidayah m/s 36-37.

Imam al-Ghazali merakamkan di dalam kitab Minhaj al-Abidin. Terdapat satu hikayat yang berlaku ke atas dua orang lelaki. Seorang berilmu tetapi tidak beribadah dan seorang lagi beribadah tetapi tidak berilmu.

Kedua-dua mereka diuji oleh seseorang bagi melihat sejauh mana jahatnya orang yang berilmu tetapi tidak beribadah dan jahatnya orang beribadah tanpa ilmu. Lalu dia mendatangi keduanya dengan memakai pakaian yang amat hebat.

Kepada orang yang beribadah dikatakan begini: “Hai hambaku, aku sudah ampuni dosamu seluruhnya. Sekarang kamu tidk pelu lagi beribadah”. Maka jawab ahli ibadah itu: “Oh, itulah yang kuharapkan dari-Mu ya Tuhanku.” Disangkanya orang yang bersuara itu Tuhannya.

Kemudian dia mendatangi orang yang berilmu ketika ahli ilmu itu sedang meminum khamar (arak). Berkata dia kepada ahli ilmu itu, “Hai, kamu akan diampuni dosamu.” Maka ahli ilmu itu terus menjawab: “Kurang ajar engkau.” Lalu dicabut pedangnya seraya berkata: “Engkau sangkaaku tidak mengetahui Tuhan.”

Allah memberikan ilmu dan kefahaman kepada orang yang bahagia dan tidak memberikan kepada orang yang biasa.

p/s: Ilmu dan ibadah perlu seiring..baru bahagia..

0 comments:

Post a Comment