Daripada sahabat kepada sahabat....


Assalamualaikum w.b.t. Sahabat sidang pembaca sekalian, mulakan hari anda dengan senyuman yang menawan.. =)..... (senyum, tak perlu kata apa-apa..hehe). Jangan anggap bebanan kerja anda sebagai sebagai beban, tetapi anggap ia sebagai cabaran.

Saya sedang mencari-cari waktu yang sesuai sebenarnya untuk menulis, memandangkan saya sekarang sibuk menjalani praktikal di PTS Publications & Distributors, PTS adalah sebuah syarikat penerbitan buku hak milik bumiputra sepenuhnya yang menjalankan perniagaan berlandaskan syariah, bebas rasuah dan menggunakan Bahasa Melayu Tinggi. Disebabkan kesibukan ini saya tidak sempat menyiapkan satu artikel pun (alasan hehe). Tetapi bukan PTS yang ingin saya kongsikan di sini kerana anda boleh mengenali PTS di pts.com.my.
Macam-macam yang ingin saya cerita, tentang burung, buku, matahari, keluarga, isu semasa, politik, masyarakat..segala-galanyalah..tapi apakan daya masa terlalu mencemburui, cemburu yang amat sangat..:)


Pada kali ini saya ingin berkongsi  10% kata-kata mutiara yang dikirimkan oleh sahabat-sahabat saya. Alhamdulillah, sepanjang hidup ini Allah mengurniakan saya sahabat-sahabat yang baik, saling pesan memesan, ada yang dekat disekeliling saya, ada juga yang jauh di negeri lain, malah jauh sehingga di timur tengah. Saya begitu menyayangi mereka, semuanya..syukran ya Allah atas anugerah yang kau berikan, hamba-Mu ini sangat bersyukur.

Semoga kata-kata ini dapat membantu kita berfikir secara serius.

**** kata-kata yang membuatkan saya yakin ****

Wahai gadis solehah, kau pertahankanlah hijabmu, walaupun dunia memandang hina, yakinlah kerana Allah tetap melihat dengan penuh bangga, akhlakmu kau pelihara, maruahmu mesti rapi dijaga, pastikan tutur katamu yang lembut, moga iman dan taqwa menjadi benteng diri.

Mujahidah sejati, tidak jatuh pandangannya pada dosa tapi jatuhnya dosa pada air matanya. Tidak terbuka katanya dari dusta tapi terbukanya dusta melalui kejujurannya. Tidak tertumpas tanggungjawabnya pada khianat, tetapi tumpasnya khianat kerana amanahnya, tidak rebah kakinya menghadapi ujian tapi rebahnya ujian dipalu cokmar kesabaran.Tidak hilang maruahnya pada cinta dunia tapi hilangnya cinta dunia dirampas cinta pada Pencipta. Moga kita dalam golongan ini Insyaallah.

Wahai wanita solehah, jangan risau akan jodohmu kerana muslimin yang bijaksana itu, tidak akan terpaut pada wanita hanya pada kecantikan, tidak pada lirikan senyuman, tidak pada bicara manja yang mennggoda, dan tidak juga pada pujuk rayu seorang wanita yang meruntuhkan imannya. Sesungguhnya lelaki itu adalah pemimpin kepada wanita. Andai belum sampai jodohmu, anggaplah bahawa lelaki yang kau nantika itu sedang membina sahsiah kepimpinannya bagi memimpin dirimu, kerana pada wanita itu pasti ada kekurangannya, dan lelaki yang benar-benar layak pasti akan hadir untuk melengkapkan kekuranganmu.

**** kata-kata pembangkit semangat, juga terkadang membuatkan air mata saya bergenang dan tumpah tanpa dipinta****

Suatu masa dahulu kita seriang camar, bebas disamudera luas mengharapkan persaudaraan, namun kala ini kesepian melanda mengheret kenanganku, lalu ku susun cerita-cerita lama, dalam bayangan indah mengusik jiwa, kini segalanya tiada lagi kedengaran hilai tawamu, hilang ditelan masa..Tapi ingatlah teman biar apa yang berlaku persahbatan ini akan kekal selamanya meskipun kita tidak seriang camar. Ukhwah fillah abadan abada.

Aku menadah tangan berdoa memberitahu Tuhan, aku besyukur kerana dikurniakan teman istimewa sepertimu padaku. Duhai teman, aku berjanji jika semalam akau adalah temanmu, hari ini akau masih lagi temanmu, dan janganlah engkau risau mengenai esok, aku akan sentiasa menjadi temanmu. Itulah janji dan hadiahku padamu.

Allah always does things right, His way is always the best ways, even if to us it seems all wrong. If you ask Allah for one thing, and receive another, trust, you can be sure that He will always give you what you need at appropriate time...

Sedikit pesanan dari Imam Nawawi. "Apabila engkau tidak mampu bangun malam untuk solat tahajud, juga tidak mampu berpuasa di siang hari, maka ketahuilah bahawa sesungguhnya engkau telah dihalangi melakukannya kerana dosa dan maksiat yang membelenggumu", mohonlah perlindungan maksiat dan dosa dr Allah.

Selangkah ke alam perjuangan bererti selamanya dalam kepahitan, biarlah kita menangis, terluka, kecewa dan ditinggalkan hanya kerana Allah daripada mati terkambus tanpa mujahadah. Kita tak sanggup selamanya terluka, tetapi ingatlah, setiap titisan darah dari luka itu adalah mahar kita ke syurga. Apabila ditanya kenapa perjuangn itu pahit, jawablah kerana syurga itu manis. Moga sentiasa tabah dalam perjuangan di jalan-Nya.
Aku rindu jiwa-jiwa yang sering mendidikku, berkongsi masalah denganku,  berselisih pendapat denganku, memujukku, bergurau senda denganku dan meniup semangan kepadaku. Ku mohon padamu ya Allah kuatkanlah ukhwah antara jiwa-jiwa kami, kerana jiwa ini yang sentiasa menjadikan rinduku pada-Mu tumbuh dalam perjuangan Islam.
Metafora perjuangan: Letakkan dunia di telapak kakiku, biarku pijak. Tanamkan akhirat pada jiwakuku, biarku rindu. Sisipkan cinta dalam sanubariku, biarku jadi aku. Langit tunggu ku tawan, langit tunggu ku lakukan perubahan.
Tempuhilah harimu dengan sejuta kesabaran, sesungguhnya Allah bersama orang yang sabar. Dari jauh ku titipkan doa untukmu moga kau tenang dalam dugaan, moga tabah dalam ujian. Sama-samalah kita teguh berdiri lari menuju destinasi.

Ya Allah, permudahkanlah saudaraku dalam memduduki imtihan dunia-Mu. Jadikanlah debaran di jiwanya disebabkan risau jika gagal melamar redhaMu. Dengarilah rintihannya yang sanggup bersusah demi ilmuMu. Belailah jiwanya di saat dia terkulai lemah agar terhindar dia dari mengharapkan selain darimu. Wahai Allah yang Maha Pengasih ku rela cagarkan satu-satunya simpulan ukhwah ini agar ia mampu menjadi mahar agar saudaraku ini layak mendapat perhatianMu. Kerana ku tahu tiada tang lebih menbahagiakannya melainkan KEJAYAAN di JETI PERSINGGAHAN INI untuk dibawa pulang ke kampung akhirat kelak.Amin

p/s: SAHABAT, KETAHUILAH KALIANLAH TEMAN YANG PALING SEMPURNA YANG KU ADA.

0 comments:

Post a Comment