Sollu ‘ala nnabi..

“Ya Allah tetapkan aku untuk mencintai PENGHULU UMMAT AKHIR ZAMAN”

اللهم صلى على سيدنا محمد

Jangan kita lupa, pernah suatu ketika dahulu, Nabi Muhammad menyembelih dua ekor kambing, lalu nabi berdoa: “Ya Allah, terimalah korban ini untuk diriku, dan terimalah satu lagi untuk ummatku.

Jangan kita lupa, Nabi Muhammad menangis kerinduan ketika memberitahu sahabatnya beliau sangat merindui ummatnya yang terkemudian, iaitu mereka yang tidah pernah melihat wajahnya, tetapi beriman kepadanya.

Jangan kita lupa, ketika Nabi Muhammad menghadapi sakaratul maut, nabi menyebut menyebut sebanyak tiga kali kalimah “UMMATI” yang bermaksud ummatku. Betapa tingginya cinta beliau kepada kita, ummat Nabi Muhammad.

Apakah kita tidak menerima cinta itu, apakah kita tergamak menolak cinta Nabi Muhammad, kita lah ummat Nabi Muhammad yang beliau cintai itu.

Bersempena tarikh kelahiran Nabi Muhammad Sollallahualaihi wasaalam, 12 Rabiulawal bersamaan 15 Feb 2011 (esok), marilah sama-sama kita berselawat dan mengamalkan sunnah sebagai menzahirkan kecintaan kitya kepada beliau.

p/s: berselawat setiah hari,ok.