SELAMAT BERMUJAHADAH

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM…..
Tinggal beberapa hari ja lagi dah nak final exam,
Sepatutnya kena study betul2,
Banyak lagi yang tak dibaca, banyak lagi yang belum diingat,
Tapi masih x serius time study..hurm, sedih la kalau terus macamni.

Tarik nafas dalam2, cari kekuatan,
Sebenanya study untuk exam ke study untuk ilmu??
Dua2 nak,
Cemerlang dalam peperiksaan dan berkekalan ilmu yang dipelajari, perlu dipraktik, insyaAllah,

Hakikatnya kena berusaha, xda kejayaan tanpa usaha,
Sikit atau banyak, lulus atau gagal, natijahnya perlu kita redha,

Seandainya cemerlang, ya! itulah habuan atas usaha lebih kita, pasti tersenyum gembira,
Tapi seandainya gagal, xseberapa bagus, itulah yang terbaik untuk kita,
Andaikata kita dah banyak usaha,
Tapi keputusan masih tak mampu membuatkan diri kita bangga,
Usahlah terus kecewa dan berputus asa, kita msih ada masa,
Perbaiki kelemahan yang ada,
Berkata sahabatku: “Allah ingin tangguh kejayaanmu”

Sedarlah Allah sedang menguji kita,
Sedarlah, kita perlu dekatkan diri pada Allah
Mohonlah, merayu serta merintihlah agar ditetapkan iman
Setiap yang dipohon pasti diuji, begitu juga dengan peperiksaan,
Ianya susah kerana untuk menguji kemantapan akal kita memgingat dan berfikir,
Selapas usaha perlu tawakkal, masih ingat konsep ni?,,( doa, usaha dan tawakkal)
Cabarlah mindamu!!
Peperiksaan adalah salah 1 medan peperangan untuk mengukir cinta pada ALLAH dan juga cinta pada pen dan kertas..

SEKADAR MENCARI KETENANGAN BUAT DIRI
DUHAI HATI TENANGLAH,
SAHABAT2 SEKALIAN, SELAMAT BERJUANG..

0 comments:

Post a Comment