Alkisah...

Ada seekor monyet yang berpeluk pada dahan pokok. Tiba-tiba angin halilintar dan puting beliung melanda kawasan itu. Makin kuat sang monyet mendakap pokok itu. Dan monyet itu berjaya mengelakkan dirinya dari malapetaka itu.
Sedang sang monyet berehat, datang pula angin sepoi-sepoi bahasa, meniup kawasan pokok tersebut. Monyet itu semakin selesa dengan angin yang lemah gemalai itu, dakapannya semakin longlai dan akhirnya sang monyet ini tumpas.

Pengajaran: Jangan jadi monyet. Bukan!
Jangan kita lupa bila diuji dengan kesenangan . Ramai yang berjaya bila diuji dengan kepayahan dan kesusahan. Namun tak ramai yang berjaya bila diuji dengan kesenangan.=)

Kak, boleh tak berkawan dengan lelaki??

Bismillahirahmanirrahimm,,


Tanggal 1-3 Julai 2010 yang lepas, saya dipertanggungjawabkan untuk menjadi salah seorang fasilitator bagi Kem Kesedaran dan Pemantapan Akademik di salah sebuah sekolah yang terletak di daerah Baling, Kedah. Kem yang dianjurkan sangat bermanfaat dan respon daripada peserta sangat memuaskan.


Pada hari terakhir, ketika sedang berkumpul di dalam dewan, seorang peserta perempuan menoleh kebelakang dan bertanyakan soalan kepada saya:

“kak, boleh tak berkawan dengan lelaki?”

Saya terdiam seketika sambil tersenyum memandang wajahnya, sementara otak ligat memikirkan jawapan yang sesuai dan ringkas untuk adik yang berumur 16tahun itu supaya dia dapat memahami apa yang ingin saya sampaikan. Istilah ‘berkawan’ yang dimaksudkan oleh adik tersebut ialah ‘bercouple’.

Saya menyuruh adik itu duduk disebelah saya. Saya mengerling jam ditangan, acara “cabaran minda” akan bermula beberapa saat sahaja lagi..sempatkah?? (soal saya didalam hati)

Lalu saya berkata:

Adik, Allah pernah berpesan kepada Nabi Adam, ‘Wahai Adam jangan kamu hampiri pokok khuldi’. Tetapi disebabkan bisikan syaitan dan ditambah pula pujuk rayu Hawa, akhirnya Nabi Adam tewas. Lalu Nabi Adam dan Hawa menghampiri pokok khuldi. Tidak cukup dengan itu, syaitan laknatullah memujuk Nabi Adam dan Hawa agar makan buah khuldi tersebut, lalu makanlah meraka berdua. Maka Allah teramatlah marah kepada Nabi Adam dan Hawa.

Adik, Allah juga berpesan kepada kita,

ولا تقربوا الزنى إنه كان فحشة وساء سبيلا

Dan jangnlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan adalah jalan yang buruk. Al-Israa’: 32

Berapa ramai yang mengingkari arahan Allah, berkawan dengan lelaki atau bercouple adalah jalan menghampiri zina. Perempuan adalah punca fitnah dunia, kita bukan malaikat yang tidak bernafsu, kita punya nafsu.

Namun belum sempat saya membuat kesimpulan, kem komander pun memberi salam dan acara ‘cabaran minda’ pun dimulakan.. Apa yang ingin saya kongsikan ialah,


Sebab apa Allah berpesan kepada Nabi Adam jangan hampiri pokok khuldi? Sebabnya Allah tahu bahawa Nabi Adam akan memghampiri pohon itu dan memakan buah tersebut.

Begitu juga kita. Sebab apa Allah berpesan kepada kita jangan hampiri zina? Sebabnya Allah tahu bahawa kita akan kecundang dengan bisikan dan hasutan syaitan, akan berlakulah berpegangan tangan, berpeluk pelukan, bercumbu cumbuan dan sebagainya.

Betapa bodohya manusia kerana mengingkari arahan Allah, sedangkan Dia amat Maha Mengetahui sesuatu yang akan berlaku,,

Betapa bodohya manusia kerana tidak mengambil iktibar dari kisah Nabi Adam, Nabi Adam yang begitu mulia disisi Allah pun pernah tewas dengan pujukan syaitan, apatah lagi kita insan biasa tetapi masih berlagak sombong dan angkuh dengan mengatakan saya masih mampu mengawal perasaan, masih mampu mengawal iman, saya tahan diuji..

Kita ada hati, kita ada otak, kita ada akal,,fikirlah…………

Tepuk dada tanyalah iman!!

Pergaulan lelaki dan perempuan ada batasnya..


*sebarang perkongsian maklumat boleh email ke ctnajah_88@yahoo.com

KATAKAN TIDAK PADA CROCS!!!

Bismillahirrahmanirrahim,,


Wahai insan yang bergelar Muslim, saya merayu pada kalian agar memboikot kasut yang berjenama CROCS. Ayuh ”KATAKAN TIDA PADA CROCS!”.

 Pasti ada yang tertanya-tanya kenapa? Teruskan bacaan anda, jawapannya ada saya sediakan.

Tahukah kalian terdapat kalimah Allah yang tersembunyi di sebalik logo kasut ini? Ianya bukan sekadar logo seekor buaya yang cute.



Gambar ini saya peroleh dari seorang sahabat saya melalui laman sosial facebook.
Lihat imej di bawah,,,,








Nah, jelas, terang dan nyata bukan? Anda rasa semua ini kebetulan atau disengajakan?

So, apa tggu lagi, bakar kasut crocs anda!!. Saya tahu ramai yang akan marah dan termakan hati dengan apa yang saya wawarkan ini, dahla kasut ni mahal..walaubagaimanapun anda boleh goreskan logo crocs ini.

Dalam surah al-Baqarah, 120, Allah berfirman:
Tidak akan redha orang Yahudi dan Nashara sehingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah, ”Petunjuk Allah itulah petunjuk yang sebenarnya”. Bila kamu mengikuti hawa nafsu mereka sesudah menerima ilmu dari Allah, maka tidak ada bagimu pembela atau penolong dari balasan Allah.

Dalam ayat ini Allah mengingatkan bahawa golongan Yahudi dan Nashara tdak akan puas atau rela kepadamu sebelum kalu mengikuti agama dan kehendak mereka, kerana itu tidak usah menjilat-jilat atau merendah-rendah pada mereka, dan kerahkan tenaga dan ushamu pada apa yang ditugaskan Allah kepadamu untuk mencapai redha Allah semata-mata. Maka hanya itulah satu-satunya jalanuntuk keselamatan dan kebahagiaan dunia dan akhiratmu.



Kmudian pada penutup ayat berupa ancaman jika sampai mengikuti jejak dan tipu muslihat Yahudi atau Nashara sesudah menerima tuntutan Allah dalam Al-Quran dan tuntutan Rasulullah s.a.w, maka takkan ada seorang pun yang akan melindungi atau membla jika Allah menyiksa pada seseorang yang menyeleweng dari tuntutan Allah kerana terpengaruh atau tertipu oleh rayuan kaum Yahudi, Nashara atau lain-lainnya dari usuh-musuh Islam.

Dipetik dari Terjemahan Singkat Tafsir Ibnu Katshir, m/s 206-207
Pendapat peribadi saya, dah jelas orang Yahudi dan Nasrani ingin benar menghancurkan orang Islam, jadi sebagai insan yang bergelar Muslim, kita kenalah peka dan jangan memandang remeh perkara2 yang mempersendakan agama kita. Mungkin ini betul2 agenda Yahudi sapa tahu??

Tiada langsung niat di hati untuk menjatuhkan reputasi atau menjahanamkan business crocs, Cuma ingin buat yang terbaik untuk agama Islam.
Sekiranya ianya adalah secara kebetulan yang tidak disengajakan saya mohon maaf kepada pihak crocs, daripada penciptanya, perekanya, pengedar, pembeli, pemakai dan tak lupa kepada yang bercita-cita untuk memilikinya. Tetapi sekiranya ini benar agenda Yahudi laknatullah, ANDALAH YANG RUGI..
Jika zaman dahulu Rasulullah dihina, dicaci, dikecam dan sebagainya demi menegakkan agama Allah, knp hari ini kita sewenang-wenangnya meletakkan Allah di bawah.
HORMATILAH AGAMA KITA, ALLAH ITU TINGGI DARJATNYA.. ALLAHUAKBAR3x

Good Luck 4 your Exam


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

SELAMAT BERMUJAHADAH

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM…..
Tinggal beberapa hari ja lagi dah nak final exam,
Sepatutnya kena study betul2,
Banyak lagi yang tak dibaca, banyak lagi yang belum diingat,
Tapi masih x serius time study..hurm, sedih la kalau terus macamni.

Tarik nafas dalam2, cari kekuatan,
Sebenanya study untuk exam ke study untuk ilmu??
Dua2 nak,
Cemerlang dalam peperiksaan dan berkekalan ilmu yang dipelajari, perlu dipraktik, insyaAllah,

Indahnya bersahabat

Salam penghubung ukhwah
ingin ku persembahkan bait-bait indah buat kalian teman seperjuangan,

ANGIN.... jika kau berhembus lembut menyapa mereka,
katakan pada mereka, aku teman mereka selamanya...

AIR.... jika kau mengalir di sisi mereka,
beritahulah pada mereka aku memohon maaf atas segalanya...

Siti khadijah- in team