Sabar, akan tiba masanya!


Assalamualaikum...

Alhamdulillah 3x.....dengan sepenuh hati kalam azimat ini kulafazkan. Selaut syukur kepadaMu Ya Tuhan. Tidak lupa atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W.

Ada perkara yang ingin kunyatakan, sebenarnya aku cemburu dengan mereka yang sempat berkarya. Aku juga mahu seperti mereka. Lalu hati kecil ini berazam untuk menghargai masa.Walau sedetik cuma.

Telah lama jiwa ini mendesak, seolah-olah mengarahkan aku agar mula bekarya, lalu kupujuk:
"sabar,akan tiba masanya".

Nah, sekarang inilah masanya, setelah sekian lama aku hanya menjadi pembaca setia blog kawan-kawanku, kini masanya aku cuba mengarang. Ingin ku kongsi maklumat buat tatapan teman-teman, ingin ku sampaikan pesanan-pesanan Tuhan, agar kita semua tak tergelincir dari landasan.

Akan tetapi ilmu yang dimiliki ternyata memalukan. Dengan ini ku mohon sifat ikhsan, wahai pembaca yang budiman, tegurlah andai aku lakukan kesilapan. Agar dapat kuperbaiki kelemahan.

0 comments:

Post a Comment