HAWA "bodyguard" ADAM



Dengan nama Allah, yang Maha Pemurah, lagi Maha Penyayang

Sebut saja tentang hawa pasti dikaitkan dengan kecantikan, kesopanan, lemah lembut dan penyayang. Hawa akan dipandang mulia jika pandai bawa diri di tempat orang. Hawa akan lebih disanjungi bilamana hawa ada “extra package” dari sudut agamanya, kecerdikannya, kepetahan tutur katanya, taat ibu bapa serta patuh pada suami.


Betul ke hawa bodyguard adam? Hawa kan lemah macamna nak jaga adam? Iya memang hawa lemah, tapi dengan sifat-sifat semulajadi + “extra package” membolehkan hawa menjaga dan melindungi adam. Adam seharusnya menghargai dan berusaha sehabis mungkin untuk melindung hawa. Ini bukan kerana adam suami hawa, tapi kerana tanggungjawab Allah kepada adam.
Firman Allah dalam surah an-NIsa'. ayat 34 yang bermaksud 'lelaki itu adalah pemimpin (pelindung) bagi perempuan'.....

Adam tahu tak, hawa sudah “lelah” menjaga adam.

Ketika adam dalam kandungan, inilah kali pertama hawa begitu menjaga kesihatan. Hawa makan makanan yang sihat sebab hawa nak adam sihat. Sembilan bulan bawa adam dalam kandungan , merupakan saat yang istemewa bagi hawa. Kelahiran adam membuktikan hawa berjaya melindungi adam semasa adam dalam kandungan.

Adam tahu tak,
Ketika adam masih belum pandai merangkak, apatah lagi bertatih, hawa sentiasa di sisi adam. Pagi, petang, siang dan malam. Hawa peluk erat ketika adam esak menangis ketakutan, hawa suapkan makanan ketika adam kelaparan, hawa dukung adam ketika adam ingin bersiar-siar melihat keindahan ciptaan Tuhan dan hawa dodoikan adam ketika adam mahu berehat.

Adam tahu tak,
Hawa gembira melihat adam membesar. Adam sudah pandai berjalan dan berlari. Tapi adam masih belum pandai menjaga diri. Bilamana adam jatuh terluka hawa cepat-cepat dapatkan adam, hawa bersihkan luka adam dengan penuh kasih sayang. Hawa letakkan ubat dan balut luka adam. Hawa juga selalu berpesan ‘hero macam adam tak boleh nangis’, kerana hawa tak sanggup melihat airmata adam mengalir. Hawa gembira melindungi adam.

Adam tahu tak,
Ketika adam meningkat remaja dan dewasa, hawa lebih berhati-hati bergaul dengan adam. Hawa tak akan tewas dengan pujuk rayu cinta adam. Ini kerana hawa tak ingin melihat adam tersungkur di dada langit. Hawa sedar, jika hawa tak mengikut panduan yang digariskan oleh Islam, akibatnya tidak dapat dinafikan lagi. Terlalu bahaya dan bakal memusnahkan generasi hawa dan adam. Hawa sedar hawa adalah sumber fitnah. Buktinya jelas.

Sabda Nabi yang berkmaksud, "takutlah kamu akan fitnah dunia dan wanita. Sesungguhnya permulaan fitnah yang terkena dan menghancurkan bani israil adalah berpunca dari kaum wanita". - (riwayat Muslim)


Adam tahu kan,
Ketika adam menjadi suami hawa, hawa sentiasa pastikan adam sihat dan segak bergaya. Hawa gosokkan baju adam. Hawa hidangkan makanan untuk adam. Hawa dikatakan menjadi sumber inspirasi buat adam. Hawa yakin adam tak boleh hidup tanpa hawa. Hawa gembira sepanjang hayat hawa dengan menjadi ‘bodyguard’ kepada adam.

Hurmm, hawa tertanya-tanya 'bila' adam jaga hawa???

1 comments:

hanyahamba said...

hawa mmg tdk sedar bila adam jga hawa sbb sgala y adam bt kbnyakan hawa tdk sedar... sbb adam susah nk zahirkan pa y mereka buat...hiii

Post a Comment