Amalan pagar diri untuk wanita

Assalamualaikun..penghubung ukhwah penjalin mahabbah
Ayat kursi yang terkandung dalam surah al-Baqarah, ayat 255, merupakan ayat yang paling agung dalam al-Quran. Malah dikatakan juga sebagai penghulu bagi seluruh al-Quran.

Pembaca yang dihormati,
Disini ingin saya berkongsi sesuatu yang mana saya kira sangat bermanfaat buat kita. Khususnya untuk yang bergelar WANITA. Di bawah ini adalah "doa amalan pagar diri"  yang dikirim oleh sahabat saya melalui email. Difahamkan doa ini diperturunkan oleh seorang alim ulamak kepada anak-anak muridnya dan diminta untuk disebarkan.

Doa amalan pagar diri ini boleh diamalkan oleh sesiapa sahaja, lelaki dan perempuan. Namun, saya lebih menyeru kepada semua wanita-wanita mengamalkan doa ini memandangkan kaum wanita di zaman era globalisasi ini lebih banyak dianiaya oleh lelaki. Mudah-mudahan kita terhindar dari sebarang bahaya & fitnah dunia.Tq sahabat atas perkongsian ini. Ku doakan agar Allah memberi balasan sebaiknya kepadamu.
AMALAN PAGAR DIRI
Amalan pagar diri ini dibaca setiap hari selepas solat subuh dan di waktu petang ataupun malam. Amalannya hanyalah membaca Ayat Kursi sebanyak 7 kali dan diiringi pula dengan doa-doa tertentu seperti kifiat di bawah ini.
أَعُوذُ باالله السميع العليم من الشيطان الرجيم   
Selepas setiap kali habis membaca sekali Ayat Kursi hendaklah membaca doa berikut :-  “Ya Allah! Ya Tuhanku! Kau jadikanlah di bahagian hadapan hambaMu yang hina, daif, jahil lagi banyak dosa ini, kota besi kota tembaga yang tidak boleh ditembusi oleh iblis, jin, manusia dan binatang yang melata".

Kemudian perkataan hadapan hendaklah ditukarkan kepada bahagian belakang di dalam doa selepas habis membaca ayat kursi kali ke dua. 

Selepas membaca ayat kursi ke tiga ditukar kepada bahagian kanan
 
Selepas ayat kursi ke empat ditukar kepada bahagian kiri.  

Selepas ayat kursi ke lima ditukar kepada bahagian atas.  

Selepas ayat kursi ke enam ditukar kepada bahagian bawah.  

Adapun selepas membaca ayat kursi kali ke tujuh dibaca doa berikut :-   “ Ya Allah! Ya Tuhanku! Kau peliharakanlah setiap sendi dan liang bulu roma hambaMu yang hina, daif, jahil lagi banyak dosa ini daripada godaan hawa nafsu serta syaitan dan penyakit yang tidak muafakat dengan syari’e dengan berkat 856 orang para waliMu yang bertugas di abad ini, semata-mata dengan limpah rahmatMU Ya Allah".

Kemudian dimesrakan ke dalam badan dengan cara menarik nafas dalam-dalam dan dihembuskan ke dua-dua belah tapak tangan dan disapukan ke serata anggota tubuh badan.
InsyaAllah, dengan izinNya kita tepelihara daripada segala niat jahat seperti pukau, sihir, rogol, rompak, samun dan seumpama dengannya.Sekian, selamat beramal...

2 comments:

hanyahamba said...

amalan y baik.. trima ksh sbb sudi bkngsi ilmu bersma;-) smoga kawan2 dpt bramal, x rugi kita bt benda baik slgi x bercanggah dgn islam.. smga sgala amaln y kita bt d trima oleh Allah..

Lady Rose said...

thanks ats doa dn amalan ni...

Post a Comment