Perhiasan Dunia VS Penyemak Dunia

Bismillahirrahmanirrahim…

Segala puji bagi Sang Pencipta, Tuhan tempat memuji, dan tempat pergantungan semua makhluk di bumi, Tuhan yang memberi hidayah kepada insan-insan yang dikehendaki. Tidak lupa selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W, juga para pewaris perjuangan menegakkan Islam, ulamak-ulamak yang haq.

Sesungguhnya seisi dunia ini, sebahagian besarnya adalah wanita, yang mana wanita ini asalnya dijadikan Allah teman pelengkap iman kepada Nabi Adam. Lebih dari itu sebagai medium pembiakan manusia dari generasi ke generasi yang lain. Sehinggalah saat ini tanggungjawab besar ini sama sekali tidak akan dipikul oleh lelaki.

Namun, saya sedih melihat kelompok wanita kini. Mereka tidak mengikut tabiat asal kejadian mereka. Ramai yang terpesong dari landasan, hilang pedoman, tersasar tujuan, paling menyedihkan mereka sewenang-wenangnya mengingkari arahan Tuhan.

Kebanyakan wanita kini bukan lagi perhiasan dunia. Tatapi mereka adalah penyemak dunia. Buat apa sekiranya seorang wanita itu cerdik, mempunyai pelbagai pengetahuan, mempunyai ijazah sarjanamuda, master, PhD, cantik serba serbi, tapi tak cantik akal, cantik wajah tetapi tak cantik akhlak.
Mereka gemar berpakaian ketat menampakkan susuk tubuh. Bertingkah laku yang tidak mencerminkan ciri-ciri seorang wanita. Membiarkan diri disentuh lelaki. Menggadai maruah semudah memetik jari. Menyanyi terlolong di sana sini.

Sekiranya ‘penyemak dunia’ ini dinyahkan dari dunia ini barangkali Bumi berkata: “Alhamdulillah, lega! Tiada lagi pandangan yang menyakitkan, dan tiada lagi kedengaran suara-suara yang merimaskan”.

Duhai wanita, jadilah wanita perhiasan dunia.
…waaanita hiasan duniaaaa
Seindah hiasan adalah wanita solehah…..

Nilai wanita bukan terletak pada mahalnya baju , bukan pada alat solek yang canggih, tetapi terletak pada iman dan akhlak yang dipamerkan.


Sabda Rasulullah yang bermaksud: “ Dunia merupakan suatu keseronokan, sebaik-baik keseronokan (kenikmatan dan kebahagiaan) adalah wanita solehah”. – Riwayat Musllim.


Sabda Rasulullah lagi: “ Sebaik-baik wanita (isteri) ialah apabila engkau memandangnyamenyenangkan hati. Jika diperintah, dia taat. Dan jika ditinggalkan di rumah dia menjaga maruah dirinya dan hartamu”. – Riwayat An-Nasaei.

Sekian dahulu,

p/s: geram bila dengar aina (my classmate) bagitahu yang dia terserempak dengan student yang pakai kain belah pegi campus, sedangkan mereka dahulunya pelajar sekolah agama.Astaghfirullahalazim.

3 comments:

hanyahamba said...

ini lah realiti dunia skrg.. manusia smkin tidk takut dgn penCipta.. ternyata pa y telah dberitahu oleh Nabi semuanya benar.. dunia dh ahkir zaman tp manusia masih tdk sedar.. dekat sape kita nak salahkan!!! renung2kan lah..

Noor Aina Binti Abdul Rahman said...

I like ur entry.
klu ada kelapangan masa bukalah blog ummuhusna.
http://www.ummuhusna99.blogspot.com
kt blog tu de cite gak pasal aurat wanita.

Rasulullah bersabda bahawa wanita adalah fitnah,
so kpd insan yg bergelar wanita
peliharalah dirimi sebaiknya.
didiklah hati kita supaya jauh dari kemaksiatan duniawi.
Sesungguhnya dunia adalah sementara tetapi ingatlah bahawa kenikmatan di akhirat sana adalah yang kekal abadi selamanya..
Moga kita dipertemukan 'Disana'..ameen..

SITI NAJAH BINTI MOHD PAUZI said...

Noor Aina:tq aina..
da buka dah..mantap

hanyahamba: iya, banyak hadis nabi tentg dunia akhir zaman, cuma perlu dedahkannya n peringatkan cz ramai yg alpa.

Post a Comment