Semoga PERMATA INSAN mencapai VISI dan MISI

12 mac 2010 adalah merupakan majlis pelancaran Permata Insan. Iannya dilancarkan di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) oleh Datin Paduka Seri Rosmah Mansor, Penaung Program PERMATA Negara. Alangkah bertuahnya adik-adik yang terpilih untuk program ini. Setelah mengetahui serba sedikit tentang Permata Insan, penulis berdoa semoga Permata Insan ini akan mencapai VISI & MISI.

Program ini sangat istimewa kerana menyediakan persekitaran pembelajaran yang kondusif, menyediakan tutor peribadi dan didedahkan dengan lawatan akademik, selain itu pelajar juga akan dilengkapkan dengan kemahiran belajar dan pembangunan insan, latihan penguasaan Mnemonics, Speed reading, Mental Arithmetic, ICT, critical thinking, public speaking dan melukis.

Definisi Permata Insan
Individu yang berkebolehan tinggi memahami, mentafsir, menghafaz dan mengaplikasikan al-Quran dan al-Sunnah dalam kehidupan serta mampu membangubkan tradisi keilmuan Islam dan mencetuskan kemajuan ilmu pengetahuan dan teknologi.

VISI
Membudayakan al-Quran dan al-Sunnah sebagai teras kecemerlangan generasi muda.

MISI
Bertekad untuk menjadi satu wadah pelajar pintar berteraskan penghayatan al-Quran dan al-Sunnah.

Kaedah pelaksanaan
1. Hebahan mengenai peluang kemasukan kanak-kanak pintar ke Program Permata Insan kepada semua sekolah-sekolah rendah agama dan kebangsaan dengan kerjasama jabatan-jabatan pelajaran dan jabatan agama Islam peringkat negeri dan JAKIM.
2. pencalonan adalah dibuka untuk kanak-kanak yang berumur lapan tahun. Pencalonan boleh juga dibuat oleh ibu bapa/ penjaga, guru-guru, atau pemimpin masyarakat.

Saringan peringkat pertama (Ujian Keceradsan UKM-1)
-Semua calon di peringkat ini akan memduduki ujian kecerdasan UKM-1 yang akan dijalankan secara talian bermula Mac – 31 Mei 2010.

Saringan peringkat kedua (Ujian Kecenderungan Agama USIM-1)
Semua calon yang melepasi UKM-1, akan dijemput menduduki Ujian Kecenderungan Agama USIM-1, untuk mengukur kecenderungan calon kea rah agama Islam.

Ujian kemahiran al-Quran
Calon yang melepasi ujian USIM-1 akan dijemput untuk menduduki saringan ujian kebolehan al-Quran. Setelah selesai, calon yang layak akan dikenalpasti.

Penulis yakin dengan berkat kesungguhan dan keikhlasan dari tenaga pengajar dan adik-adik yang terpilih untuk program ini, hasilnya adik-adik mampu menjadi ilmuan agama, tenaga professional, teknokrat dan saintis yang memahami, menghayati dan mengaplikasikan al-Quran sebagai pandangan hidup (worldview). Bahkan meyerupai tokoh-tokoh sejarah Islam seperti Imam al-Ghazali, Ibn Rush, Ibn Sina dan sebagaiya. Semua maklumat diperoleh dari sebuah buku kecil berjudul “Permata Insan Menjana Cendiakawan Islam”.

2 comments:

...TaUTaN MaHaBBaH... said...

btol najah,,prigram ni memantapkan lg minda kanak2,,km ske prgram ni,,:-)

hanyahamba said...

semoga apa y dirancangkan dpt dilaksanakn dgn baik n mdpt smbutan y terbaik... sama2 kita membantu,,,

Post a Comment