Susu Ibu

*Susu ibu menyediakan pemakanan terbaik untuk bayi. Ia mengandungi semua nutrient pada kadar yang betuldan komposisi yang tepat dengan keperluan bayi.

*Susu awal ibu meningkatkan imusisasi bayi. Susu ibu melindungi bayi daripada jangkitan penyakit seperti cirit-birit, selsema, bronchitis dan radang paru-paru.

*mencegah pelbagai alahan seperti asma atau alahan, eczema dan kolik (kembung_ bayi.

*mengandungi nutrient untuk perkembangan otak bayi.

*Mengurangkan pencemaran yang boleh berlaku dalam bentuk-bentuk lain seperti penyuapan.

*Susu ibu boleh didapati dengan mudah.

*Memberi keselesaaan dan ketenteraman emosi untuk bayi anda.

*Membolehkan ibu dan bayi berinteraksi lebih mesra berbanding bentuk-bentuk lain penyuapan, serta melahirkan satu ikatan yang lebih akrab di antara ibu dan bayi.

*Rahim ibu lebih cepat kembali kepada saiz normal dan juga mengurangkan risiko pendarahan teruk.

*Mendapatkan semula tubuh yang lansing.

* Mengurangkan peluang kehamilan yang kerap.

*Merendahkan risiko kenser payudara dan ovari.

Dipetik dari majalah SOLUSI, isu:15

0 comments:

Post a Comment